Berubah Untuk Mengubah

Reunion Ex-STTJ 85/86 2014

Bila Sue paparkan banner ini di ‘whatsapp group’ minggu lepas, saya bertanya,”kalau gagang tu sekolah, siapa yang jadi sirih?”  Jawab Noni, “Noni tak mahu jadi sirih, nanti kena kunyah..”

Ternyata di pertemuan semalam, ramai yang kena ‘kunyah’ oleh rakan-rakan yang suka menyakat.  Dengan telatah dan hilai tawa masing-masing, tercermin keakraban sesama kita.  ‘Perpisahan selama 28 tahun’, bukan saja tidak merenggangkan, malah lebih merapatkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin.  

Pada tahun-tahun yang lalu, ketika berjumpa di reunion seperti ini, terasa agak kekok bila kita bersembang dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan yang kita, bukan saja tidak pernah bertegur sapa semasa di sekolah dulu, tetapi ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan kita pun!  

Tetapi kini, ikatan ukhwah yang sedia terjalin, nampak lebih padu dan mesra.  Malah, rakan-rakan yang baru saja kembali bersama mengikuti program perjumpaan ini, setelah terpisah sekian lama, cepat untuk menyesuaikan diri – berkenalan, menyantuni sesama kita dan mengikuti aktiviti yang kita jalankan.

Berdiri dari kiri:  Jaybob, Amran, Rizal, Saido, Amin, Nawab, Gab, Mike, Jamal, Zaihan, Utih,  Ghafar dan Shahrol

Duduk dari kiri:  Prof Jaa, Salfian, John, Elmie, Syl, Leeza, Gie, Tona, Yatie, Yatie Eunos, Noni, Sue, Ashie, Siti Hajar dan Siti Roha

Tiada dalam gambar : Azli, Waz. Fid dan yang tak datang.

Kita bertemu lagi dengan kehadiran Jaybob, Jamal (penulis), Saido, Sue, Leeza, Syl, Amin, Mike, Yatie, Ashie, Tona, Gie, Noni, Salfian, Zaihan, John, Rizal, Ghafar, Prof. Jaa, Utih dan Waz.  Berjumpa semula dengan Gab, Elmie,  Azli, Shahrol (Balun), Amran dan Nawaf.

Penulis berkenalan pula dengan Siti Hajar, Siti Roha, Yatie Eunos dan Fid, yang selama ini kalau jumpa di mana-mana, pasti tak bertegur kerana langsung tak kenal… hahaha….

Program dimulakan dengan pendaftaran kehadiran, penyerahan hadiah dan menyusun juadah, sambil menantikan kehadiran kawan-kawan yang mula hadir seawal jam 11.45 pagi.  Sementara Jaybob, memilih-milih lagu untuk berkaraoke, perut Saido pula menyanyikan lagu  syahdu kelaparan kerana tidak minum pagi dalam perjalanan dari Johor Bharu.

Jaybob dan karaoke – Berpisah tiada

 

Saido memulakan majlis

 

Aksi Saido, Gab dan Jamal – Pertemuan selepas 28 tahun

 

Zaihan, Nawaf dan Shahrol

 

Pasangan ibu dan anak

 

Saido bersama Fid, Syl dan Waz – Bagai artis dengan peminat

Kawan-kawan yang datang awal, terlebih dahulu menjamu selera sambil bersembang-sembang dan berkaraoke sementara menunggu yang lain tiba. Lebih kurang jam 2.00 petang, sessi diteruskan dengan memperkenalkan semula diri masing-masing, kerjaya, kehidupan dan nostalgia ketika berada di sekolah dulu.

Gab dengan lagu ‘My Way’

Kita leka dengan cerita Rezdwan (Gab) tentang beberapa kisah yang terjadi di sekolah, ketika kita berada di tingkatan 4 dan 5 dahulu. Tentang kebocoran kertas soalan, tentang kenakalan warga aspura aspuri, tentang histeria di asrama dan lain-lain lagi.

Hadirin teruja dengan Shahrol yang menyatakan beliau baru mempunyai 8 orang anak.  Suasana agak gamat seketika dengan yang lain masing-masing bertanya siapa yang boleh pecahkan rekod ini.

Begitu juga dengan pelbagai kisah dan kenangan daripada rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, masing-masing gembira dengan kehidupan sekarang, dengan rezeki, kerjaya, anak, keluarga dan sebagainya.

Kerana leka berbual, makan, berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing, beberapa akitiviti lain yang dirancang sebelumnya, tidak dapat dibuat; seperti acara sukaneka/kuiz dan lawatan ke sekeliling sekolah.  Selain terlalu seronok berbual, faktor hujan ketika program berlangsung, juga menyukarkan lawatan ke sekeliling sekolah, yang ternyata banyak mengalami penambahan dan perubahan tertentu.

Acara membungkus dan bawa pulang

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tona, yang mencadangkan pertemuan ini dan setinggi-tinggi tahniah kepada Sue dan rakan-rakan, yang bersusah payah sebagai penganjur program “Sirih Pulang Ke Gagang” ini.

Orang kuat Program Sirih Pulang Ke Gagang

 

Terima kasih dengan kehadiran semua sahabat, kerana tanpa kehadiran kalian, majlis ini pasti tidak berseri.  Terima kasih dengan juadah yang disumbangkan – memang banyak dan pelbagai.. sedap-sedap pulak tu…  Terima kasih kerana sudi membawa ‘Gift Exchange’ – dapat kita bertukar-tukar hadiah.

Jam 6.00 petang masih belum mahu pulang

Dalam pada itu, semasa dalam perjalanan pulang, teringatkan rakan-rakan yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Lebih-lebih lagi, rakan-rakan yang selama ini sering turut serta dalam perjumpaan seperti ini dan yang aktif dalam facebook dan whatsapp group. Walaupun faham tentang ketidakhadiran itu, tetapi di dalam hati tetap terkenang-kenang jua.  Insya Allah, panjang umur, murah rezeki, ada kelapangan; kita jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>