Berubah Untuk Mengubah

(Mengenang sahabat lama, Allahyarhammah Azizah Adam yang meninggal dunia pada 24 Disember 2013)

tuhan-lebih-menyayangimuMalam yang tidak lena
rupanya beri petanda
kau dijemput pulang oleh Penciptamu

Berita yang diterima
cukup menyentak rasa pilu yang mendalam
lantas kenangan lama terpapar di ingatan

Kau yang pendiam
kekal pendiam hingga ke akhir hayat
dengan rakan rapat yang tidak ramai
kau menjadi sebahagian dari teman yang akrab
namun
jarak dan masa memisahkan
lalu kita jarang dapat bertemu lagi
tapi
hubungan kita tetap mesra
dalam situasi yang berbeza

Maaf dari lubuk hati yang dalam
kerana tidak pernah dapat menziarahi
ketika sihat, semasa sakit malah di waktu tenatmu
aku manusia alpa
lantas menyesal dalam waktu yang terlewat

Terima kasih sahabat
kerana pernah memberi kekuatan ketika aku lemah
pernah mengajar tentang tanggungjawab bersahabat
malah pada  waktu lara, kau menjadi penawar duka

Akhirnya… Tuhan lebih menyayangimu
moga kau damai di sana
tika kami masih di sini
menanti detik untuk dipanggil jua

 

Taman Sri Kota, Taiping
25 Disember 2013
2.34am

 

 

One Response to Akhirnya… Tuhan Lebih Menyayangimu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>