Berubah Untuk Mengubah

Sabtu lepas ke Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana terlibat secara langsung dengan Malam Anugerah Melancung ke Bandung anjuran Valcambi Malaysia Sdn Bhd.  Dalam pada itu, sempat pula meninjau peluang baru dalam usaha mempelbagaikan perniagaan.

Dengan ruang waktu dan kesempatan yang ada, penulis telah di minta untuk sama-sama melawat kilang pembuatan roti dan kedai kek di dua lokasi di Pulau Pinang, untuk memberi nasihat dan dipelawa sama untuk melihat potensi bagi mengadakan usahasama untuk mengwujudkan kedai-kedai roti secara francais di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Ketika di kilang roti, kami dibawa ke beberapa bahagian pemprosesan roti, dari mula tepung dibancuh, di uli, dibuat doh dan dijadikan beberapa jenis roti. Kemudian kami ke bahagian pembuatan karipap, kek, pembungkusan dan tempat menyimpanan.  Semuanya teratur, bersih dan memiliki sijil pengesahan Halal dan syarat-syarat dari Jabatan-jabatan tertentu yang terlibat.

Setelah itu, kami telah mengadakan lawatan singkat ke Hospital Besar Pulau Pinang, bagi melihat sendiri kiosk yang disediakan oleh syarikat pemasaran roti berkenaan serta melihat jenis-jenis roti, kek dan kuih muih yang dipasarkan.

Lawatan diteruskan ke kilang kek di Batu Maung.  Kami diberi peluang untuk melihat sendiri proses menghias kek yang dilakukan oleh tenaga mahir.  Hanya dengan beberapa minit, Chef Amri berjaya melukis wajah Spiderman di permukaan kek.  Biasanya, kalau di Kuala Lumpur, kita akan memilih sticker tertentu dan ditempekkan di atas kek, tetapi di sini, kita hanya tunjukkan gambar dan mereka akan melukisnya pada kek.  Gambar-gambar di bawah menunjukkan proses yang berkenaan:

 

  

 

Pagi tadi, kami telah melawat ke sebuah Pusat Latihan penyediaan bakery dan pastry di Gombak yang melatih mereka yang berminat menceburkan diri di dalam industri ini seterusnya membantu mengwujudkan peluang pekerjaan kepada pelatih-pelatih yang berminat dalam bakery ini.  

Demikianlah kisah ringkas yang dapat dikongsi bersama.  Selepas ini, perlu buat penilaian lanjut untuk memberi input tambahan, cadangan dan keputusan pula. Semoga dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>