Berubah Untuk Mengubah

Kisah benar tentang Qurban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati-hati yang tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya seorang anak dan ibu nya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Kambing qurban - Gambar Hiasan

Gambar Hiasan dari blog MJ Fatonah

Alkisah di ceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan bu…”, lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ye kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu 700 ribu (RM190) bu,” jawab saya ringkas. “Berapa harga terendah?”, tanya kembali si Ibu.

“600 ribu (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… .
“Tapi, wang saya cuma ada 500 ribu saja (RM130), boleh pak?”, pintanya.
Waah.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan saya pun bersetuju walaupun tidak untung..
Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai ke rumahnya.  Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut..
“Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa-rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, ada kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Diatas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa di rumah ini.?”,  kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk di buat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar, hati terasa sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa ,
“Ya Allah…, Ampuni dosa hambamu ini,  Aku malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya Imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak, pak… ini ada sedikit wang upah  kerana mengantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

“Sudah bu, biarkan tambang kendaraanya saya yang bayar’ dengan wajah yang malu dan sayu.

Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah basah air kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah.. Allahu Akbar.!

Morale of the story, wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata…
tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta-juta, cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan…, namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berQurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah, .. kalau pun bukan harta dan wang ringgit, sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk saya..masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung, masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli handphone yang mahal, jam tangan dan beg yang berjenama, ataupun pelbagai  aksessori yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan Qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.

Muhasabah diri:
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita mengerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya sementara kita masih lagi diberi nafas untuk hidup.!

Fikir-fikirkanlah..

Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dan merungut tidak punya wang yang cukup. Astaghfirullah.. ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku jua.

Terimakasih sahabatku kerana tidak jemu membaca dan menerima leteranku..

#copy and paste.

Sumbangan Saido San melalui whatsapp.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>