Berubah Untuk Mengubah

Kenangan Indah Seumur Hidup

pengantin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, majlis perkahwinan anak sulung kami, Mohd Zulfadli Adhwa dan pasangannya, Ismalisa, telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Sejak dari majlis peminangan/pertunangan yang diadakan pada 29 September 2013, hinggalah ke majlis akad nikah pada 25 April 2014 dan disusuli dengan majlis persandingan pada 26 April, 2014; semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

Pentas Santapan Pengantin

Pentas Santapan Pengantin

Majlis Persandingan ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam. Ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah menjadi tuan rumah bersama bagi majlis ini. Satu perkongsian pintar untuk menjimatkan masa dan tenaga. Ia seakan telah menjadi budaya pula sejak akhir-akhir ini.

Cenderahati buat tetamu yang hadir

Cenderahati buat tetamu yang hadir

Pak Chu sekeluarga dari Kelang, menjadi tetamu terawal, diikuti dengan Maszeri sekeluarga, rakan ex-STTJ dari Bukit Jelutong. Ini disusuli oleh kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai dan para jemputan daripada kedua-dua belah keluarga pengantin.

Kehadiran tetamu sungguh menggalakkan

Kehadiran tetamu sungguh menggalakkan

Keluarga Hj Abdul Aziz

Keluarga Hj Abdul Aziz

Keluarga Hj Durin

Keluarga Hj Durin

Keluarga Hj Khalid

Keluarga Hj Khalid

Kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan bukan saja dari dalam negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah; tetapi dari Singapura malah dari Arab Saudi juga! Kami cukup seronok, berterima kasih dan terharu dengan kehadiran semua.

Ikatan kekeluargaan yang rapat walau jarang dapat bertemu

Ikatan kekeluargaan yang rapat walau jarang dapat bertemu

Di majlis perkahwinan seperti ini, selain memenuhi jemputan tuan rumah dan keluarga, ia menjadi tempat berkumpul saudara mara dan sahabat handai yang mungkin lama terpisah atau jarang-jarang dapat berjumpa. Suasana sungguh meriah sekali, apabila para hadirin bertemu semula dengan saudara mara dan rakan-rakan lama.

Di majlis ini, kami dapat bertemu kembali dengan rakan yang terpisah hampir 28 tahun. Sesuatu yang memang diharap tetapi tidak dijangka. Alhamdulillah, takdir dan ketentuan Allah juga merealisasikan impian ini. Tiada ayat yang tepat untuk menggambarkan perasaan ini.

Bertemu semula Dr. Azmi selepas 17 tahun

Bertemu semula Dr. Azmi selepas 17 tahun

Kehadiran rakan lama dari Melaka, Dr Azmi dan keluarga, banyak menggamit kenangan silam. Kali terakhir bertemu, ketika majlis perkahwinan beliau 17 tahun lalu. Kehadiran cikgu Faridah Abu Hassan dan suami, merupakan pengiktirafan bahawa hubungan murid dan guru tidak boleh terpisah, malah dikenang selagi nyawa dikandung badan. Dr. Azmi pulang awal sedikit saja sebelum cikgu Faridah sampai. Kami seguru. Sayang sekali, tak sempat bergambar dengan cikgu Faridah dan suaminya.

Lebih 25 tahun tak jumpa Norizah

Lebih 25 tahun tak jumpa Norizah

Kehadiran kawan-kawan lama semasa kami sama-sama di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), cukup mengujakan. Jumpa kembali Norizah, Yusairee, Sobri, Azlin dan Baharum.

Di majlis ini kami bertemu semula dengan bos-bos dan kawan-kawan semasa menjadi warga bank di Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) yang turut hadir. Kehadiran Pn Khadijah dan keluarga, Ku Anne dan suami, Pn Siti Rohani dan suami, Tn Hj Abd. Rahman Ali dan isteri, Tn Hj Abdul Rahman Wasdi dan isteri; dan Sharifah Zaharah bersama suaminya, telah memeriahkan majlis. Turut hadir, Sharol Hisam sekeluarga, Fazimi sekeluarga dan Nazri sekeluarga; melengkapkan senarai ini dan menggembirakan kami.

Rina muncul semula selepas 28 tahun

Rina muncul semula selepas 28 tahun

- Group Paling Sporting - Paling awal tiba, paling akhir pulang

– Group Paling Sporting -
Paling awal tiba, paling akhir pulang

Kehadiran rakan-rakan semasa di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ) telah menggamit memori dan menggamatkan suasana. Jamal Saudi yang mendarat dari Jeddah pada 3.00 petang, sempat juga hadir, menjadikan majlis ini lebih meriah. Majlis ini seolah-olah menjadi perjumpaan reunion pula. Artikel khas mereka di sini.

Begitu juga dengan kehadiran rakan-rakan perniagaan dan ALP Koperasi, yang banyak memberi sokongan selama ini, yang begitu panjang untuk disenaraikan.

Sepupu isteri

Sepupu isteri

Sahabat keluarga

Sahabat keluarga

Warga LTAT yang turut hadir

Warga LTAT yang turut hadir

Tentu sekali, isteri juga turut gembira dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara dan rakan-rakan sekerja di LTAT, kawan-kawan semasa di Convent Taiping, kawan-kawan lain, jiran-jiran dan tetamu-tetamu yang lain. Kehadiran ini menjadi memori indah buat kami dan menambah seri majlis kami ini.

Anak dan emak

Anak dan emak

Begitu juga dengan rangkaian kenalan pengantin, samada di sekolah, universiti dan OCBC Bank. Tentu ada kenangan tertentu yang dapat dikongsi apabila kembali bertemu dengan kawan-kawan lama dan baru. Ia menjadi kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.

Pesanan buat pengantin

Pesanan buat pengantin

Ketika diminta untuk berucap, penulis yang mewakili kedua-dua belah keluarga pengantin, telah mengucapkan penghargaan kepada usaha kedua belah keluarga yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan berterima kasih kepada semua yang hadir, yang telah menyerikan majlis ini. Sempat juga memberi nasihat kepada pasangan pengantin dengan beberapa pantun. Untuk pantun-pantun semasa berucap, sila klik di sini.

Alunan gamelan menyerikan suasana majlis

Alunan gamelan menyerikan suasana majlis

Walaupun ini adalah kali pertama sebagai ‘host’ untuk majlis kahwin anak sendiri, tetapi tidaklah berasa kekok kerana telah banyak kali terlibat untuk sama-sama mengendalikan majlis perkahwinan adik beradik, anak-anak saudara dan saudara mara. Cuma kali ini barulah tahu, betapa ketika sibuk melayan tetamu, ibu bapa pengantin ini, langsung tidak sempat menjamah sebarang makanan hatta sebiji nasi pun!

Dan apabila menyentuh tentang isu makanan ini, kami ingin memohon maaf kepada semua kerana pada keesokkan harinya, kami dapat banyak makluman tentang ‘keracunan makanan’ yang mungkin berpunca dari penyediaan makanan yang tidak teliti. Kami rasa cukup kesal dan mohon maaf.

Pak Teh beri nasihat atau petua tu...?

Pak Teh beri nasihat atau petua tu…?

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang hadir kerana menyerikan majlis kami. Terima kasih juga kepada yang mendoakan agar majlis berjalan lancar. Kami pohon maaf seandainya terdapat sebarang ketidakselesaan di sepanjang majlis berlangsung, mungkin dari segi layanan, tutur kata, suasana, makanan dan lain-lain.

P1050480

                                                                            Segak Tn Hj Ismail senyum tak jemu
                                                                            Juadah enak buat hidangan
                                                                            Janji disusun kami bertamu
                                                                            Moga silaturahim kekal berpanjangan

Terima kasih kepada Tn Hj Ismail, Hjh Mariam dan keluarga kerana sudi berbesan dengan kami. Keluarga kita telah menjadi lebih besar dengan ikatan perkahwinan anak-anak kita ini; dan insyaAllah akan bertambah lagi dengan kehadiran cucu-cucu kelak.

Terima kasih kepada kedua belah keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan, atas segala usaha yang bertungkus lumus, terutama kepada Ismanira Ismail, kakak sulung pengantin perempuan, yang sudah tentu melibatkan pengorbanan dalam bentuk wang ringgit, idea kreatif, masa dan tenaga bagi menjayakan majlis yang bersejarah ini.

Bergambar kenangan

Bergambar kenangan

Terima kasih kepada semua yang hadir samada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua jemputan, yang datang dari jauh dan dekat, untuk sama-sama meraikan majlis kami ini. Kehadiran dan doa restu semua, amat kami hargai. Kami bersyukur kerana dapat berkongsi detik gembira ini bersama-sama semua yang hadir dan yang tidak dapat hadir juga.

Terima kasih dari kami sekeluarga

Terima kasih dari kami sekeluarga

Ia adalah kenangan terindah yang akan terus terpahat di hati kami buat selama-lamanya, insyaAllah.

 

Artikel Lain Yang Berkaitan:

Majlis Akad Nikah

Kehadiran Ex-STTJ Cukup Meriah

Pantun-Pantun Ketika Jamun Makan

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>